Monday, September 15, 2008

Pathiri


Pathiri

Bahan-bahannya

  • 2 cawan tepung beras

  • 1 ½ cawan air

  • 1 cawan kelapa parut

  • garam secukup rasa

Cara membuat

  1. Didihkan air, masukkan garam dan masukkan tepung beras. Masak sehingga tepung kelihatan berkilat

  2. Keluarkan tepung tadi kedalam loyang besar untuk diuli. Uli adunan tadi hingga lembut

  3. Bulatkan adunan tadi menjadi bebola yang sederhana besar ( seperti bebola roti canai)

  4. Golekkan bebola tadi ke dalam tepung beras dan canaikannya menjadi nipis dan bulat (potong tepinya jika perlu)

  5. Masak pathiri tadi diatas kuali leper tanpa minyak. Terbalikkan apabila sudah panas sedikit. Kemudian terbalikkan sekali lagi apabila sudah panas. Masak pathiri sehingga warnanya mula keperangan dan kembang.

  6. Pathiri boleh dihidangkan dengan santan kepala atau kari daging

1 comment:

Ummi Azah said...

Terima kasih atas resepi. Saya berbangsa melayu berkahwin dengan keturunan malabari di Johor. Saya sedang belajar masakan malabar untuk suami dan keluarga tersayang..