Wednesday, September 16, 2009

Irachi pattiri Malabar



Irachi pattiri Malabar (meat and bread) Malabar style In malayalam.

Friday, March 6, 2009

MANGGO LASSI

Berita disusun oleh: aReJuG




MANGGO LASSI

BAHAN-BAHAN:

¼ sudu kecil serbuk buah pelaga
1 cawan yogurt asli
4 ketul ais
¾ cawan mangga masak/ranum
2 sudu besar gula

CARA-CARA:

1. Kupas kulit mangga dan blend isinya
2. Masukkan semua bahan diatas dan blend sekali lagi sehingga semua bahan sebati.



Resepi disediakan oleh Rozita Ismail & Nashrul Fazli

Paratha Kentang

Berita disusun oleh: aReJuG




PARATHA KENTANG

BAHAN-BAHAN :

200 gram Tepung Atta ( chapati )

2 sudu besar minyak masak

1/2 sudu kecik serbuk jintan manis

4 biji cili hijau hiris halus

1/2 ikat daun ketumbar hiris halus

1/2 sudu kecik jus lemon/limau

1 biji bawang besar potong dadu

3-4 biji kentang rebus dan lenyek

garam secukup rasa


Cara-cara:

1) Ayak tepung chapatti. Masukkan minyak masak dan garam.

2) Gaul rata.

3) Masukkan kentang yang dilenyek, bawang, daun ketumbar, cili hijau dan sedikit jus limau.

4) Masukkan sedikit air supaya doh menjadi lembut dan uli doh.

5) Biarkan doh rehat seketika( agak-agak 10-20minit)

6) Panaskan non –stick pan , biar api sederhana.

7) Bulat-bulatkan doh dan tebar bentuk bulat.

8) Masak chapatti dan sapukan sedikit ghee atau minyak

9) Sudah sedia untuk dimakan..


Cadangan Hidangan:

Boleh dihidangkan bersama kari ayam, atau daging..


Resepi disediakan oleh Rozita Ismail & Nashrul Fazli

Thursday, February 12, 2009

Kentang Putar ( ala KFC)


Bahan-bahan ( 10 biji kentang )

  • 10 biji kentang di buang kulit dan di potong kiub ( besar2)
  • 1 sk lada hitam di tumbuk halus
  • 1/2 cawan fresh milk
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Rebus kentang dgn sedikit garam
  2. Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit kasi hancur
  3. Kemudian guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus.
  4. Sambil putar , sambil masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya.

Kuah_kentang_putar1

Sos kentang putar (rasa macam kfc la…)

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

  • 650 ml air
  • 5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 batang saderi - cincang
  • 40 gm mentega
  • 20 gm tepung gandum
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit serbuk lada hitam
  • kicap pekat
  • garam

Cara-cara

  1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
  2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
  3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
  4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
  5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.

Anak-anak pasti suka. Tak perlu ke KFC lagi, jimat duit….!

Sunday, January 4, 2009

NASI DAGANG


Bahan-bahan:
5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa)
2 cawan santan pekat
4 cawan santan cair
2 sudu besar halba
10 ulas bawang merah kecil, mayang halus
6 ulas bawang putih, mayang halus
1½ inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis)
Garam dan gula secukup rasa.

Cara memasak:
• Didihkan air didalam periuk kukusan
• Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam
• Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus
• Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak
• Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar
• Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya.
• Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa.

Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang

Bahan A
Dua ekor ikan tongkol sederhana besar
5 keping asam gelugor
2 inci halia, ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
Sesudu makan garam dan sesudu teh gula
Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci)

Bahan B
Santan pekat dari satu biji kelapa
3 keping asam gelugor
5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk
4 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, ditumbuk
Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes
Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan)
1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa.
2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan")
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara memasak:
• Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan.
• Pijarkan minyak di dalam periuk
• Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau
• Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak
• Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih
• Masukkan santan pekat dan asam gelugor
• Bila mendidih masukkan gula merah
• Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor)
• Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.

Sambal kelapa untuk Nasi Dagang

Bahan-bahan:
Kelapa parut (sebiji), disangrai sehingga perang
4 sudu makan gula kabung (manisan)
Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja

Cara memasak:
• Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya.
• Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa.
• Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun.

NASI PAPRIK


Bahan-bahan
½ ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi (depends, kalau suka pedas boleh tambah lagi)- ditumbuk
2 biji limau kasturi - diambil jusnya
5 helai daun limau purut - carik-carikkan
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa

Cara-cara
• Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
• Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
• Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
• Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

CLAYPOT YEE MEE

Bahan-bahan
Daging ayam (agak-agak aje nak banyak mana)
1 ketul yee mee
Fish cake
fish ball
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
Beberapa helai daun sawi
1 biji telur ayam (utk seorang makan)
3 sudu makan minyak bijan (minyak bijan ni penting utk menentukan claypot yee mee kita sedap)
1 atau 2 kiub ayam ikut suka
Cili api
Kicap cair
Sayuran lain boleh juga dimasukkan spt lobak merah, cendawan kering (direndam dahulu sampai lembut) dan bunga kobis.

Cara-cara

• Dalam bekas lain tumiskan bawang putih sampai wangi. Lepas tu masukkan ler minyak bijan, sayuran, segala fish dan Yee mee serta telur tadi kedalam kuali.
• Jangan lama-lama sangat agak-agak Yee mee dah lembut dan telur dah masak.
• Kalau gunakan claypot lagi sedap caranya sama aje cuma calypot digantikan dgn kuali itu aje.
• Dah siap bolehlah dihidangkan dengan cili api yang dipotong-potong ikut suka dicampurkan dgn kicap cair (sambal cili ni buat dalam bekas lain tau) macam tengok kat kedai makan tu.

NASI TOMATO


Bahan-bahan
3 tin susu beras - direndam lebih kurang 15 minit
5 sudu besar susu cair
1/2 tin tomato heinz

Bahan untuk menumis:
5 ulas bawang merah - dimayang
5 ulas bawang putih - dimayang
sedikit buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
sedikit halia - dimayang
daun pandan
sedikit minyak sapi

Cara-cara
• Tumis minyak sapi, masukkan bahan-bahan yang hendak ditumis bila sudah naik bau masukkan tomato serta susu cair kemudian masukkan beras dan air.
• Bila nasi sudah kering masukkan pula kismis jika anda suka.

LAKSA JOHOR

Bahan-bahan
Spagetti 1 paket (direbus)
1 kilo ikan kembung / parang - direbus (ambil isi)
1 1/2 paket kecil serbuk kari ikan
(dicampurkan dengan sedikit santan cair)
15 ulas bawang merah }
5 ulas bawah putih }
3 inci Lengkuas } dikisar halus (A)
3 batang serai }
300 gm udang kering (dikisar) (B)
150 gm ikan kurau kering (dibakar dan di kisar) (C)
kerisik
Santan kelapa
Garam dan serbuk perasa

Cara-cara
• Tumis bahan A hingga naik bau dan masukkan rempah kari.
• Tumis hingga garing Masukkan bahan kisar B dan C Masuk isi ikan, gaul sebati dan masukkan santan Bila kuah dah mendidih, masukkan kan kerisik.
• Biar kuah masak lama sikit agar rasanya sebati.
• Untuk pengetahuan, kalau kuah disimpan semalaman, rasanya lagi sedap

Untuk Ulam
Taugeh
Daun kesom & Daun selasih
lobak asin
sambal belacan
timun dipotong ikut keliling dan dipotong halus -
(bukan seperti buat laksa asam)
Limau kasturi

MEE BANDUNG

Bahan-bahan (untuk 4 orang makan)
Mee / Meehoon

3 biji bawang merah (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 keping tauhu (digoreng dan dipotong nipis)
RM 2 udang kering
1/2 kilo daging (dikisar halus bersama udang kering)
1/4 botol sos tomato
2 biji tomato
RM1 sayur sawi (dipotong-potong)
1 bekas kecil (bulat) cili giling - yang selalu didapati di pasar malam. Ikut citarasa, jika suka pedas tambah lagi
50 sen daun bawang (dimayang kecil-kecil
2 camb tepung jagung (untuk melikatkan kuah - dibancuh dengan air dahulu agar tidak berketul-ketul)
2 biji limau kasturi
4 biji telur
200g udang

Cara-cara
• Tumiskan bawang putih dan merah Apabila bawang kekuningan masuk cili dan kacau hingga cili masak.
• Masuk daging yang telah dikisar bersama udang kering tadi. Masukkan air secukupnya.
• Apabila daging telah empuk, masukkan udang dan tahuu goreng Masukkan tomato dan telur Masukkan air tepung jagung Kacau sekali sekala.
• Apabila sudah sebati dan masak masukkan sayur sawi Masukkan garam dan gula secukup rasa.
• Bihun/mee tidak dicampurkan sekali kerana cepat meresap kuah. Oleh itu, bihun/mee direbus seketika/dicelur
• Untuk menghidangkan tabur daun kedalam mangkuk berisi kuah bandung Sebelum memakan perah sedikit air limau kasturi kedalam hidangan ini mengurang atau melambatkan rasa mual. Kalau kuat masam boleh perah banyak.

MEE BANDUNG MUAR

Bahan-bahan:
1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)

NOTE:
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.

Cara memasak:
• Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
• Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
• Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
• Masukkan sos tiram
• Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
• Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat

Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
• Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
• Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
• Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
• Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
• Hidangkan.

MEE REBUS

Bahan-bahan:
1 paket mee kuning - celur

Bahan sayuran:
50 sen Taugeh - celur
Sedikit daun sup - hiris nipis
Sedikit daun bawang - hiris nipis
Bawang goreng
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.
5 biji Cili hijau - dihiris nipis
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua
Telur rebus - belah dua

Bahan-bahan kuah:
Sedikit minyak untuk menumis
4 sudu cili kering yang di kisar
3 biji bawang merah - kisar
3 sudu lengkuas yang di kisar
4 batang serai dikisar halus
2 biji bawang putih - kisar
RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap.
300gm udang hidup - direbus dan kisar halus
1 kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus
3 sudu gula atau secukup rasa
garam secukup rasa
Sedikit ajinomoto
4 sudu sos tomato
Air - agak-agaklah

Cara memasak:
• Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi.
• Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.
• Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula, aji,sos tomato.
• Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan

PASTA PENNE 3 WARNA

PASTA PENNE 3 WARNA

Bahan-Bahan
500 gm pasta penne 3warna
1 biji bawang besar - cincang kasar
2 sudu makan minyak zaitun
2 ulas bawang putih
2x425 gm tomato dalam tin-potong kasar
500 gm cendawan butang
2 sudu parsley segar -dicincang
garam dan serbuk lada hitam

Cara Cara
• Bersihkan cendawan, hiris tipis-tipis
• Panaskan minyak, tumis bawang dan bawang putih. Kacau selama 6 minit, kacau sekali-sekala hingga warnanya kekuningan. Kecilkan api, tutup kuali dan didihkan selama 15 minit.
• Masukkan tomato dan jusnya, serta cendawan. Biarkan mendidih. Kecilkan api, tutup kuali, dan didihkan selama 15 minit.
• Didihkan air di dalam periuk, masukkan pasta 3 warna, masak hingga lembut.
• Tos airnya, dan masukkan semula ke dalam periuk.
• Tabur parsley, garam dan lada hitam.
• Tuang sos ke atas pasta, dan gaul rata.

TOMATO BREDIE



Bahan-bahan
* 1.2 kg ayam(buang kulit dan potong 12)
* tepung gandum agak aje asalkan boleh goreng
* 2 labu bawang besar( hiris)
* 2 ulas bawang putih ( dikisar)
* 2 ulas bawang putih ( dikisar)
* 30 gm halia(dikisar)
* 4 biji buah pelaga
* 30gm ketumbar
* 15 jintan hitam
* 2 tangakai cili hijau(hiris dan buang bijinya)
* 1 kg tomato(di celur,buang kulit dam dicincang)
* 40 gm serbuk kari
* 20 gm serbuk kunyit
* sedikit gula perang
* sedikit garam

Cara membuat
1. Perapkan ayam bersama garam dan lada.Kemudian lumurkan bersama tepung gandum dan goreng ayam tersebut sehingga keemasan.Ketepikan
2. Panaskan minyak atau minyak sapi dan tumiskan bawang besar,bawang putih dan halia sehingga naik bau.Kemudian masukkan buah pelaga,ketumbar dan jintan hitam
3. Masukkan kan ayam,cili hijau,tomato,gula perang dan garam.
4. Reneh di atas api sederhana seketika sambail dikacau sekali sekala .biarkan seketika barulah angkat .Jika bredie terlalu kering ,tambahkan sedikit air.

PERTAL AYAM

PERTAL AYAM

Bahan-bahan
* 1/2 ekor ayam - potong kecil2 - lumur garam kunyit

Bahan yang dikisar/tumbuk A

* 2 cb cili kisar
* 3-4 ulas bwg putih
* 3-4 ulas bwg merah
* 2 cm halia

Bahan B
* 1/2 ct jintan kasar
* 1/2 ct biji sawi
* 1 strip daun kari
* 2 cb susu cair
* 2 cb kicap pekat
* Air secukupnya
* Air asam jawa secukup rasa
* Garam, gula serta pepper powder
* 1 biji bwg besar - potong 6
* 2-3 biji kentang - potong ikut suka - goreng
* Daun ketumbar - hiris halus

Cara membuat
1. Ayam digoreng hingga masak tetapi jgn terlampau garing. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bahan2 A & B hingga wangi dan garing. Masukkan sedikit air.
3. Kecilkan api kemudian masukkan bahan2 perasa, susu cair, kicap pekat serta air asam jawa.
4. Sesuaikan rasa kemudian masukkan ayam, bawang besar serta kentang goreng. Kacau hingga sebati.
5. Padam api, masukkan ke dlm pinggan hidangan dan taburkan daun ketumbar (yg ita buat cam kat gambar kat atas nun tabur daun bwg & sup jer sbb tak dak daun ketumbar)